V.V.I.P :)

Friday, December 11, 2015

AGIHAN ZAKAT UNISEL


Sama seperti yang telah diumumkan pada post yang lepas.. ini pula berkenaan AGIHAN ZAKAT UNISEL.

selalunya pelajar confuse, students luar selangor boleh apply ke? 
disebabkan zakat ini diuruskan sendiri oleh pihak UNISEL, maka sesiapa di bawah pengurusan UNISEL yang layak boleh apply. students luar selangor masih boleh apply.

Bantuan ni umumnya untuk pelajar yang ibu/bapa/penjaga berpendapatan RM3000 dan kebawah, yang memerlukan bantuan makanan. Biasanya dokumen yang diperlukan ialah salinan IC pelajar, ibu bapa, slip pendapatan, Kad Matrik pelajar dilampirkan dengan borang yang diisi.

Bantuan-bantuan macam ni tak tetap, kalau ada, mereka war-warkan (biasanya melalui student portal) dan tak lama. lebih kurang seminggu macam tu je dorang iklankan.

Bantuan macam ni ada 2 peringkat saringan, pertama melalui borang yang diisi dan dilengkapkan. Biasanya prosedur UNISEL, borang tak lengkap, tak dilayan.
secondly, mana yang layak akan di interview oleh panel-panel unit Zakat.

lepas interview, dorang akan call beritahu kita lulus, kalau tak call maksudnya tak lulus okey. ada lah tu kriteria yang kurang. dorang lebih tahu skop, amanah tugas dorang. jangan complaint! haha

Okay untuk agihan zakat kali ni, Sesi OGOS 2015..
pelajar yang berjaya menerima agihan ini diberitahu perlu menuntut baucar dari Unit HEP. setelah semak ID, IC dan nama, baru diberi baucar tersebut.
baucar tu kena claim kat unit kewangan, barulah diberi cash untuk agihan tersebut.
Alhamdulillah..RM200 yang penuh dengan amanah dah ada dalam tangan. Belanja lah baik-baik. :)