V.V.I.P :)

Wednesday, May 12, 2010

conpius..

"E'eehh.. knp tudung awak terjungkit? mesti rambut awk same mcm mak kite ikat mase lepas die bersalin kan adek kite kan?"
"ikat mcm mane?" tanya si girl yang mula sensitif dengan kenyataan kawannya.
"Alah, ikat siput tinggi2. pelik. HAHAHAHAHA"
Si girl mula keliru dengan tawa terbahak kawannya. "Whaddup?!!" monolog nya.

Kisah silam pd zaman sekolah rendah itu mula menghantui aku. Malunya! hanya Allah je yang tau. bile dengar je kawan comment mcm tu, rse mcm dah tak nak datang sekolah lg dah.
ade ke die orang kate kite macam IBU DALAM PANTANG.

Sejak tu, aku dah xikat rambut mcm tu. rendah2 je diikat, biar lah panas. malu diejek punye pasal, rempuh sudah~.

Tapi bile dah besar ni, aku mula keliru. Kenapa model bertudung cantik2 dalam majalah tu
tudung die terjungkit? sejibik mcm tdung aku kne kutuk waktu kecik2 dulu. Eeekk, ni xkene kutuk ke? Aku mula terfikir agak2 kalau kawan2 aku yg mengejek tu tgok gamba ni ape die kate ek?
Adakah, "trendsetter lah ko! berzaman dulu ko dah buat dulu." ??

Kalau mcm tu lebih sanggup aku mati dari menerima kata2 mereka.

WHY?

Hadith ke 15 – Dua Golongan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka
daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah saw bersabda :

”Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang.

Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya.” (Hadith riwayat Muslim)


Keterangan :
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw ini dapat kita lihat dari reality masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh kerana walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar seperti goh unta. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

Kitab rujukan : 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah
credits: http://www.mymasjid.net.my

No comments: