V.V.I.P :)

Monday, June 13, 2011

Ingat lagi tak SITI MUSLIHA?

Korang still ingat lagi tak dulu, time kite muda-mudi dulu ade sorg girl yang kurang sempurna fizikalnya..? Alaahh..artis lah,time tu pun die kecik lagi.

Aku xpasti kenapa lately aku tertanya-tanya..sape dia? mana dia? ape kabar die?

seingat aku lah kan the last time aku tengok die nyanyi live time tu kami sefamily pergi karnival ape entah..Aku around darjah 1 or 2 macam tu lah.. aku tengok die nyanyi atas pentas bergaun kuning. Even time tu aku tak mengerti ape yang dia nyanyikan tapi boleh melekat gak dalam memori ni eh..

Haa..ni rupenye kisah die dari Utusan Malaysia baru-baru ni.. excited aku tau!

ARKIB : 23/04/2011

Siti Musliha 2011


SELEPAS 17 tahun menghilang, Siti Musliha yang kini berusia 28 tahun tampak ayu berbaju blaus hijau dan bertudung.


BANJIR air mata. Itulah ungkapan paling tepat menggambarkan kesedihan sesiapa saja yang menyaksikan kanak-kanak istimewa, Siti Musliha muncul di televisyen menyanyikan lagu Hujan Air Mata pada 1995.

Sekuat mana pun cuba menahan perasaan, hampir setiap orang menangis atau sekurang-kurangnya sebak dan tersentap perasaan saat mendengar kanak-kanak istimewa berwajah cacat itu menyanyikan lagu kisah dirinya itu.

Setiap kali klip video Siti Musliha menyanyikan lagu itu disiarkan di televisyen atau radio, ramai yang bersedia dengan sapu tangan buat pengesat air mata.

Ia lagu daripada album Siti Musliha yang diterbitkan komposer Adnan Abu Hassan untuk mengutip dana bagi membiayai kos pembedahan muka kanak-kanak tersebut. Lagu itu juga layak ke Anugerah Juara Lagu 1995.

Tumpuan luar biasa terhadap Siti Musliha, anak sulung Mohd. Mustafa Manap dan Rohani Atan, yang dilahirkan kurang sempurna pada 10 Januari 1983 ini bermula apabila dia muncul di televisyen pada 1994.

Simpati terhadapnya datang daripada semua pihak tanpa mengira latar belakang kedudukan, kaum dan agama.

Pun begitu, selepas kemunculannya yang menyentap perasaan orang ramai sekitar 1994 hingga 1996, Siti Musliha tiba-tiba ‘hilang’ tanpa sebarang khabar berita. Rakyat Malaysia terutama para peminatnya tertanya-tanya mengenai perkembangannya.

Di dalam Internet termasuk laman-laman sosial Facebook, ribuan peminatnya saling bertanya di manakah Siti Musliha. Ramai yang tidak segan silu menyatakan perasaan rindu terhadap Siti Musliha.

Ketika menjejakinya, wartawan S2, MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR dan ROSALINDA MD. SAID mengambil masa dua minggu untuk mengesan di mana Siti Musliha iaitu bermula dari awal bulan ini.

Sehinggalah Khamis, 14 April lalu, mereka bersama-sama jurugambar AMIN FARIJ HASSAN dipertemukan dengan Siti Musliha di coffee house sebuah hotel di Ampang, Kuala Lumpur.

Dalam usianya sudah 28 tahun, Siti Musliha masih seperti dulu, tetap petah, bercakap lemah-lembut dan tersusun kata-katanya. Ungkapannya sentiasa merendahkan diri.

Pelbagai cerita dikongsi. Ini termasuk Siti Musliha baru saja pulang daripada menunaikan umrah.

“Saya betul-betul tak sangka masih ada yang merindui saya. Terima kasih saya ucapkan, kalau ada rezeki insya-Allah kita berjumpa,” pesan Siti Musliha kepada para peminat yang tercari-cari di mana dia selama ini.

Pertemuan itu kemudian membawakan wartawan S2 dan jurugambar MD. SHAHJEHAN MAAMIN ke sidang akhbar membabitkan Siti Musliha bersama beberapa artis tempatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Ahad lalu.


Respect ar ngan die..kuat semangat.

No comments: