V.V.I.P :)

Thursday, July 21, 2011

Nak kesian ke tak??

Post ini hanyalah untuk perkongsian dan perbincangan bagi yang prihatin :)

Aku sebenarnya sangat sedih dan terkilan tentang seorang rakan, seorang saudara muslimat kita yang merasakan dirinya terlalu kecewa gile gaban terhadap LELAKI.

makanya ianya menjadi alasan nekad dalam hidupnya untuk fall in love dengan lelaki olok2 a.k.a PENKID. tak ke pengkid yang die tagihkan cinta tu pun hanya berlagak-lagak atau berpoyo-poyo untuk menjadi lelaki?

Malah dengan tidak segan silu beliau membuat sesi penagihan cintanya di FB..


Terkadang buat aku terfikir..
dorang ni letak SYURGA NERAKA kat mana?
PAHALA DOSA macam mana?
jangan nak have fun sangat lah di dunia yang fana' ni *peringatan utk diri sendiri!

Tapi aku percaya, hidup die tak terbengkalai macam tu je.
Ibu Bapa die mungkin dah puas mengajar dirinya mentauhidkan ALLAH..
mungkin keyakinan itu ada cuma manusia yang tergoda dengan duniawi.


"i <3 allah"

"Ya Allah An-Nur,
Kau curahkan lah kepada kami
cahaya keimanan & ketakwaan di dalam hati kami."