V.V.I.P :)

Monday, July 22, 2013

Hamba Assignment

tu lah life student ni.
assignment. makan. solat. tidur. puasa. belajar. assignment..

sebelum makan doa makan + doa Allah permudahkan assignment
lepas makan doa selepas makan + doa Allah tambah rezeki & permudahkan assignment
sebelum solat doa dapat solat khusyuk2 tak fikir assignment
lepas solat doa lepas solat + doa ibu bapa+ doa jadi anak solehah + doa permudahkan assignment semoga Berjaya dunia akhirat..

Nasib baik dalam mengabdikan diri ni aku dapat lecturers & parents yang berpegang teguh dengan prinsip, Rezeki, Berkat, Ilmu, Kemudahan semuanya datang dari Allah. jangan kau harap kalau kau jauh dari Allah.. yes.! setiap kali dalam kelas diingatkan, setiap kali bergayut diingatkan. Alhamdulillah.

Untuk student HND assignment je laa dipikiornye.
Ada hikmah kenapa aku x valid utk Dip sebab nanti makin menghamba-hamba dengan test, mid/final exam, assignment. Alhamdulillah Allah aturkan hidup aku cantik-cantik walaupun assignment ni tak semudah assignment kawan2 Dip.

Hari ni masuk kelass pukul 8 pagi.
kelas madam stoking. pagi-pagi lagi dia dah ajar kami hafal separuh isi doa dhuha

"Ya Allah jika rezeki ku jauh, KAU dekatkanlah
jika rezeki kami susah, KAU permudahkanlah
jika rezeki kami di atas, KAU turunkanlah"

dia pesan lagi, jangan mengalah baru second week punye sales sebab rezeki kamu tetap ada cuma tak tahu bila turn kamu dapat melambak tu bila. mungkin bulan pertama takde lansung boleh jadi bulan ke dua dapat double. jangan mengeluh. jangan berhenti berdoa.

Ummi walid pulak pesan pada malam dating time conference MUN kat Sri Hartamas haritu sbb malam tu aku kusut sangat dok pikior assignment aku tak gerak-gerak. Profit kot bukan sales. sales kot bukan bole main typing-typing. aduhh..

dorang pesan, u can do it. Ikut cara Rasulullah jangan ego jangan cepat mengalah. Gain as more knowledge u can because u deserve to know n learn it~!!

so sweet so nice. I have to make sure that this path is a path towards my career not my job Insya Allah :)

No comments: