V.V.I.P :)

Sunday, September 14, 2014

Hold it perfect till it brokes.


adat hidup berhamba.. 

"Tidak semua benda yang kau jaga rapi mampu kau genggam sampai mati"

we never knows beb..
Nasib ketentuan perjalanan hidup kita sendiri esok hari pun kita tak mampu confirm kan, apatah lagi dalam masa beberapa ketika, bulan, tahun mahupun berdekad.

sebab..asas hidup kita bukan kita yang mampu pegang, lakar, plan and realisasikan sendiri tanpa Zat Yang Maha Agung.

Tanpa kasih DIA, kita tak akan pernah kenal perasaan berkasih,
Tanpa kasihan DIA, kita tak akan mampu bernafas bahagia.
Tanpa sayang DIA, kita tak akan mampu berjalan melata sesenang hati.

Oh, please. untuk apa diratap benda yang bukan milik kita?
yes, kita dah pegang dia tapi benda tu basically tetap bukan milik mutlak kita.
lalu tak akan selamanya abadi di dalam genggaman kita.

untuk apa dipersoalkan kepunyaan siapa?
sedangkan kita percaya Allah ya Hayyu yang memiliki segala.

Alam besar ni pun bawah pentadbiran DIA..
apatah lagi benda sebesar genggaman kita.
   
Untuk itu, berhenti meratap meroyan, jadikan ini sebagai turning point.
Jadikan ini sebagai batu lonjakan untuk kita mengenal siapa DIA yang sebenarnya.

kerana kita hanya hamba yang hari-hari sujud mengakui kebesaranNya tapi payah nk syukur dan redha dengan pemberianNya.

 

No comments: