Post ni bertujuan nak bagi penjelasan kepada para pelajar UNISEL masa kini atau masa hadapan mengenai skim bantuan makanan ni.
Pada pendapat saya @ apa yang saya tahu UNISEL antara IPTS yang banyak jugak program bantuannya untuk para pelajar sebab mereka ni diizinkan oleh Lembaga Zakat Selangor untuk mengutip & menguruskan kutipan zakatnya sendiri.
jadi, hasil daripada kutipan zakat daripada staff & pelajar UNISEL maka terhasillah beberapa program yang dikendalikan oleh Unit Zakat & Sedeqah UNISEL sendiri untuk proses agihan kutipan zakat yang telah dibuat.
Baiklah, post ni kita fokus pada BANTUAN SKIM MAKANAN yang dikendalikan oleh unit Zakat UNISEL.
Bantuan ni umumnya untuk pelajar yang ibu/bapa/penjaga berpendapatan RM3000 dan kebawah, yang memerlukan bantuan makanan. Biasanya dokumen yang diperlukan ialah salinan IC pelajar, ibu bapa, slip pendapatan, Kad Matrik pelajar dilampirkan dengan borang yang diisi.
Bantuan-bantuan macam ni tak tetap, kalau ada, mereka war-warkan (biasanya melalui student portal) dan tak lama. lebih kurang seminggu macam tu je dorang iklankan.
Bantuan makanan ni ada 2 peringkat saringan, pertama melalui borang yang diisi dan dilengkapkan. Biasanya prosedur UNISEL, borang tak lengkap, tak dilayan.
secondly, mana yang layak akan di interview oleh panel-panel unit Zakat.
lepas interview, dorang akan call beritahu kita lulus, kalau tak call maksudnya tak lulus okey. ada lah tu kriteria yang kurang. dorang lebih tahu skop, amanah tugas dorang. jangan complaint! haha
Okay, sistem Skim Bantuan Makanan sesi OGOS 2015 ni berjalan macam ni, students yang diluluskan tu diberi makanan tapau untuk lunch dorang. dorang kena ambil di masjid UNISEL bermula pukul 12 - 3pm. selepas 3 pm makanan yang tak terambil automatik akan disedekahkan.
di sebelah makanan tu adelah senarai nama yang perlu ditanda tangani oleh pelajar-pelajar terpilih tadi tu. Air turut disediakan, katanya air tu dibancuh secara berkumpulan dan bergilir-gilir oleh pelajar-pelajar yang layak tu.
sekian, :)
No comments:
Post a Comment