V.V.I.P :)

Thursday, April 29, 2010

Ujiankah hidup ini??

My Whole Life by Herschell Hershey.

"Othman! Othman! bukak mata.." Abg attendant menepuk2 bahu Othman.
"Errrgggghhhhhh" Othman mengerang kesakitan.

Aku keliru die separuh sedar atau memang xsedar??

"Dia India sana mari, baru sini mari seminggu. Saya balik amek pasport dia." Aku agak yg jelaskan ni bos die.

"2 hari lepas dia ada potong tangan dia."
"Dia potong sendiri ke?"
"ye."
"Dia nk bunuh diri ke?. Tau x dia ada penyakit apa2? Mcm sawan je ni."
"xtau, minggu depan baru dia buat medical check up kat sini."
"Knapa xbuat kt India b4 die brgerak ke sini?"
"xtau. itu urusan sana."
Cerita rakannya yang berpakaian seragam '******* bistro' kpd doktor. Kesan tetakan di lengan Othman masih kelihatan.

Suasana cemas menyelubungi bilik kecil trsebut. Semua orang berlari2 anak utk menyelamatkan Othman.

Doktor yg td sibuk menguruskan sorang mak cik India, meninggalkan beliau yg sedang di check up. Mak cik td pun membebel kerana di tinggalkan begitu saja~

"Mak cik, ini kes emergency. kita takut dia mati." Terang akak nurse kpd mak cik yg sibuk membebel dalam bahasa nya, bahasa yg tidak difahami oleh sesiapa di situ.

Bantuan oksigen diberikan kepada Othman, mulutnya xberhenti berbuih. Suaranya xberhenti mengerang kesakitan, gerak tubuhnya jelas menunjukkan dia sakit. Sekejap, bos dia dtg membawa passport.

"Td, dia baru keluar bilik air, dia terus pengsan. Saya check itu bilik air, saya jumpa pil tahan sakit. Banyak. Saya agk, dia telan itu ubat. Overdose"
"Cubaan bunuh diri lah ni!" Kata Abg attendant yang sibuk dari tadi.

Othman dihantar ke HTAR menaiki ambulan, sampai je kat sana Othman ditempatkan di yellow zone, semi-critical case. ALHAMDULLILAH, xlama pastu Othman sedar.

Othman, betul ke ko memang nk potong tgn ko? ke ko hilang kawalan ke? ko melatah ke? sampai terpotong tangan sendiri? nasib baik xtercabut tangan ko tu.
Ko stress sgt ke dengan kehidupan ni? Punahkah niat tekad ko yg ko bawak dr india utk mencari rezeki di sini?
Othman, ko amek ubat sakit tu utk ape? memang utk tahan sakit bekas tetakan tangan sendiri or memang cubaan nk bunuh diri? Kalau kau tulen Islam, kau ada Allah utk mengadu if kau tiada kawan. Jangan kau anggap kehidupan ni celaka. Hargailah kehidupan ini, anggap lah ianya nikmat. Kau kuat, sebab tu Allah uji kau.


*this is a true story. waktu aku & bahzi menunggu ambulance utk mmbawa kami ke HTAR, Othman & kami menaiki ambulan yg sama & ditempatkan bersama dlm yellow zone.



No comments: