V.V.I.P :)

Tuesday, April 27, 2010

HE..

Ptg tu, mcm biase umi n walid dtg melawat kami di 'rumah' kami kt 6B. Specialnye umi bwk sup ketam, kn ramai org ckp sup ketam sgt mujarab utk kebahkan denggi. Lepas puas kami menghirup sup ketam, umi bawak pulak sup tu kat aiman di wad G2.

Umi tinggal kan aku, ogy n bha kt katil. Waktu tu aku dah excited giler nk balik. Umi kate, mlm tu umi amek alih jaga bha n ogy. Tau2, smpai habis waktu melawat umi xnaik2 balik. Umairah dah membebel, homework die xsiap lg, esok (isnin) nk sekolah. Call lah umi, "Aiman kritikal." letak. Suara umi serak-menangis

Aku blur...

kritikal??

Umairah mula merengek, call walid pulak. xsempat ckp pape ag, "Doakan aiman, die kritikal"

Xpelah.
Umairah dihalau oleh mak guard =.=

sengal sungguh, ade ke die suruh bdk 10 tahun turun ke bawah, sorang2. Alasannye waktu melawat dah habis. Pandai2.. Aku pun ape ag, brgaduh la ngn mak guard tu menceritekn perihal yg terjadi. tau2 mak cik tu panggil bos die. -_____________________-
Nasib baik bos die hati lembut. Stay lah nenek kecik ni di bwh jagaan aku.

Around lepas isyak, umi naik atas, mata umi bengkak. tak pernah aku tgok umi nangis smpai mcm tu. brdebar~ Umi cite,

Umi suapkan eman mkn sup ketam. Tgh happy2, ttbe eman sesak nafas, asthma die datang. Teruk dari yg sebelum2 ni. Die nk bernafas pun smpai berbunyi, dada die turun naik. Die muntah after that terus pengsan. Umi panggil lah doktor, doktor cepat2 amik oxygen waktu nk rodok tube oxygen ke tekak aiman, darah menyembur keluar. Tau2, organ dlm die semua bengkak. doktor ckp itu 'a very severe allergic attack'. Die terus dibawa ke icu dan dibius seluruh anggota termasuk organ2. Dia diberi machine sokongan hayat penuh. (smpai pukul 12++)

Semua family dtg menunggu kata-kata doktor. risau. Kami berdoa sungguh2 utk dia. Malam tu, abg wawa tlg aku jaga adik di wad, umi kami minta blk. rehat kan diri. tenangkan emosi. Cik Timah sikit2 call nk tau perkembangan.

Keesokkannya, around pukul 12 tengah hari. Aiman sedar kata nurse, Walid sampai je kt wad die, mata die dah terbukak, walid pun try ckp ngn die. Alhamdulillah die respon n boleh bercakap. Aku pun seram gak tgok die bernafas masa melawat die, huhu. Machine2 penuh kt sisi die. kesian adk aku sorg ni. aku ckp2 ngn die, die just angguk2.

Today, umi kate aiman dah mula nk makan sendiri. Makin stabil. Insya Allah besok die dah boleh keluar icu. :)

No comments: