V.V.I.P :)

Sunday, June 5, 2011

Mail, Sinki & Buku..

Mail, seorang graduan university terkemuka di Malaysia memulakan visi pencariannya. Setelah puas mempromote diri menghantar resume ke sana ke sini, akhirnya beliau dipanggil untuk temu duga satu syarikat hebat.

Bosan menunggu di ruang yang disediakan, beliau melangkahkan kaki menuju ke toilet. Dengan penuh debaran beliau touch-up hensem2, kacak2, mane tau orang tu nilai paras rupe je kan? Niat ingin mencuci tangan di sinki terbantut. Dia merenung sinki tersebut, “masakan mungkin jadi begini?”…

Ternyata di sebelah sinki tersebut ada sebatang berus gigi kembang. Entah milik siapa dia tak tahu, yang dia tahu dia TAK SANGGUP untuk terus melihat sinki yang kotor itu terus kotor. Maka dimulai dengan Bismillah, beliau menyinsingkan lengan bajunya. Dia mencuci sinki tersebut menggunakan berus gigi kembang entah milik siapa.

Tanpa dia sedari, sedang asyik dia membersihkan sinki tersebut. Sepasang mata milik penemu duga di belakangnya. Niat si penemu duga ingin mencuci muka terbantut. Beliau make don’t know lalu blah.

Maka giliran Mail pun tiba, sejurus dijemput duduk Mail ditanya

“Tadi saya nampak awak di toilet. Awak cuci sinki opis kami. Kenapa? Padahal awak bukan staff kami pun, awak pun tahu kan, awak buat macam tu pun bukan tentu awak akan diterima bekerja untuk syarikat kami.”

“Eh, encik ade ke tadi.. kenapa saye tak perasan ek? Hihi..segan laahh..”

Dengan keyakinan yang tinggi Mail menyambung,

“Sebenarnya tak perlu ada sebab untuk saya membersihkan sinki syarikat encik. Sebab saya buat tu bukan untuk membodek kalian agar saya diterima bekerja, tapi sejujurnya saya buat tu untuk membodek DIA agar buku catatan amalan di bahu kanan saya nanti diterima olehNYA. Saya tak mengharapkan apa-apa balasan dari syarikat encik, saya ikhlas kerana ALLAH untuk buku catatan amalan saya tu je. Sebabnya isi buku tu lah yang akan menjamin hidup saya di akhirat nanti.”

Penemu duga di situ kagum dengan Mail. Mail buat kerja bukan mengharapkan balasan dunia semata, Mail buat untuk buku catatan amalan yang akan dibawa ke akhirat kelak. Mail tak mengharapkan ganjaran atau pujian dari sesiapa kerana Mail mengharapkan amal itu diredhai Allah. Maka Mail akan melakukan segala kerja dengan sepenuh hati agar buku itu akan bercahaya tatkala diberikan malaikat kepadanya.

No comments: