V.V.I.P :)

Thursday, June 16, 2011

Nilai Sahabat & Cinta


Pengalaman, Pembelajaran, perkongsian , pemahaman membuatkan setiap orang ade pandangan tersendiri tentang 2 benda tu. And aku tau bile kite share pandangan kite, tak semua orang boleh terima. Sebab dorang lebih yakin dengan pandangan dorang kan? Aku percaya 2 orang berbeza boleh tengok benda yang sama tapi persepsi berbeza..

Tapi bagi aku yang serba mentah dalam dunia ni ape lah sangat aku punye pandangan kan? So kalau boleh aku nak lah korang share-share kan pendapat korang untuk aku.

http://2.bp.blogspot.com/-dCZg4tIifN0/TXdDc3p9stI/AAAAAAAABAE/kHBgjyl1xIQ/s400/Law-of-Friendship.jpg

Bagi aku, SAHABAT.. susah nak dicari, actually cinta pun susah nak dicari kan? HAHA.
Tapi bagi aku SAHABAT tu lagi tinggi darjatnya dari CINTA. Sebab apa?
Sebab SAHABAT lah yang tak akan hilang dari hidup ni, SAHABAT tempat aku menangis, share kegembiraan, SAHABAT lebih memahami dari CINTA. Kalau dengan SAHABAT berperang la macam mana pun takde break up punye. Dengan SAHABAT joke gile kasar pun takde istilah merajuk kecuali ‘balas balik’. HAHA
SAHABAT lebih terbuka sifatnya daripada CINTA yang menguasai. SAHABAT memberi ruang, xde pulak istilah curang dalam persahabatan kan? Jeles tu maybe ade, tapi masih boleh dibincangkan kan? SAHABAT membuatkan sillaturrahim lebih tersebar sebab ape? Dia SAHABAT aku, Dia pun boleh jadi SAHABAT kau gak. Mane ade Dia CINTA aku, dia pun CINTA kau gak kan? HAHA..cari mampus~

http://4.bp.blogspot.com/_gyWvJ9qxsHM/TGONPc-9s7I/AAAAAAAAEl8/0iwotlkC0H4/s320/Sahabat+Jadi+Pacar.gif

CINTA.. bila ‘datang’ perkataan tu kat aku, aku rase TERIKAT. Memang CINTA tu mengikat kan? Orang kate “jeles tu tanda Sayang”..Ohh..jom kite semua saling jeles2.. kite sayang kaan? HAHA. Dalam usia yang muda lagi ni..Mude nye~, CINTA tu masih jauh untuk dimiliki. Masih sulit untuk dicari, Orang kata, “Berlagak matang lah kau nak cari CINTA sejati konon, duit belanje pun guna duit mak bapak”..LIKE!LIKE!LIKE!

Tapi ade sesiapa setuju tak yang SAHABAT tu jugak sebenarnya adalah orang yang kita CINTA? Sebab tu lah kan banyak kisah percintaan bermula dengan persahabatan.. Kanak-kanak je terus couple sebelum kenal. Aaduuh, teringat zaman cinta mula-mula tu. HAHA.
Jadinya untuk CINTA yang masih jauh lagi tu, kita BERSAHABAT lah dulu dengan 1000 orang pun, sehingga tiba waktu untuk kita mencari CINTA, time tu pun kite yang keluar belanje untuk mak bapak insya Allah dikalangan yang 1000 tu ade someone yang ALLAH simpan untuk kita.

Orang kata HATI cepat berubah even dalam masa sesaat. BERCINTA memerlukan hati yang takkan berubah untuk kekal sampai syurga tapi mungkin kah dapat kita control HATI kita? Esok lusa entah siapa tahu..jangan nak kata “AKU JANJI AKU SAYANG KAT KAU SAMPAI MATI” bagi aku yang cukup berhingus ni, ayat tu hanyalah kata gula-gula. Sebab HATI kan? Hati-hati lah dengan HATI anda. Bila Hati dah berubah segalanya tak kena, even fizikal tak berubah.

Maafkan aku yang dah terlanjur memberi kata gula-gula. Sebab time tu aku yakin HATI aku takkan berubah, budak hingusan kan..ape tau? HAHA. Bila aku sedar yang HATI tu bukan milik aku sepenuhnya aku tak mau dah memberi kata gula-gula. Biarlah kata gula-gula tu aku keluarkan lepas akad nikah nanti.

“Cintailah orang yang mencintaimu, bukan orang yang kau cintai”

“Jangan mencintai seseorang itu sungguh2 kerana boleh jadi satu hari nanti dialah orang yang akan kau benci sungguh2. Jangan pula kau benci seseorang itu sungguh2 kerana boleh jadi satu hari nanti dialah orang yang kau cinta sungguh2”

2 comments:

mak,ni adik said...

bagus tapi kan anak kecil bagaimana pun tidak mampu untuk mengatakan 'mama,saya masih tidak mampu untuk itu/ini'..
:P
maaf...

ifa ahmad izhar said...

means?