V.V.I.P :)

Tuesday, October 11, 2011

KOTA..







"Hati laksana benteng,
benteng itu berpagar,
dan pagar itu mempunyai pintu.


Penghuni dalamnya adalah akal,
para malaikat sering menjaga kawasan benteng itu,
tetapi di situ juga ada tempat bersembunyi yang akan didatangi oleh syaitan.


Peperangan sentiasa berlaku antara penghuni kota,
iaitu akal dan syaitan beserta tenteranya, nafsu,
Syaitan tidak pernah berhenti mencari helah & waktu utk menyerang


Maka penjaga hendaknya mengetahui berapa bilangan pintu kota
dan bagaimana menangani kemaraan musuh.


Kota ini akan diterangi dengan zikir yg diamalkan,
menjadikan padanya cermin yg akan menterbalikkan setiap apa yang melaluinya.
Maka syaitan dan tenteranya akan berusaha mencari helah
antaranya,mewujudkan kepulan asap.


Asap yang akan menggelapkan suasana,
sehingga pengawal tidak nampak apa yang berlaku.
Asap ini turut melekat pada cermin,
yang mengakibatkan kita tidak nampak imej yang sebenarnya


Istiqamah dengan zikir mampu membersihkan cermin
menjadikannya relektif semula.
Demikianlah pertarungan sengit sentiasa berlaku dalam diri kita.


Semakin kuat keimanan,
makin dahsyat cabaran yang harus ditempuhi.
Kadangkala angin kencang bertiup,
menyemarakkan asap nyalaan iblis hingga para penjaga terlepas musuh
masuk ke dalam mempengaruhi penghuninya, akal."


al-Tahtawi; Kitab Fathu al-Mannan Bi Ahkam al-Jan


Tulisan: Azzam Supardi (GenQ isu 3)

No comments: