V.V.I.P :)

Friday, March 8, 2013

Belum Pasti


Jika telah ditakdirkan jodoh kita bersama..
pasti walau jauh mana kita berpisah,
walau lama mana kita tak berhubung,
akhir kisahnya pasti kita akan disatukan
walau dengan apa jua cara
kerna itu memang kerja NYA sebagai TUHAN..

Mungkin,
jodoh itu perlukan sedikit usaha untuk dicari
atau
mungkin datangnya sendiri.

ALLAH berkuasa menyusun agenda-agenda tersebut dengan baik walau dengan kadar yang segera

namun, 
jika DIA menetapkan jodoh itu bukanlah dengan orang yang kita sayang-sayang,
tak perlu untuk kita menyesali takdir,
terima lah ia sebagai satu hadiah dari ALLAH dalam ceritera kehidupan kita.
tak perlu mempersoalkan urusan jodoh itu,
kerana sebaik-baik urusan adalah daripada NYA jua.

Berserahlah kepada Tuan empunya dirimu,
zat yang Maha Mencintai dan menciptakan perasaan cinta
kerana
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

8 comments:

Anonymous said...

Amboi...ape kes ni? mempersoalkan tentang JODOH :)

ifa ahmad izhar said...

just pendapat je laa..

Anonymous said...

okay ! pendapat yg sgt bgus ! :)

ifa ahmad izhar said...

haha. terima kasih makhluk yg x dkenali :)

Anonymous said...

same-same makhluk yang dknenali :)

ifa ahmad izhar said...

err...? kenal? aa memang la. kalo x kenal mana nk jpe blog ni. haha

Unknown said...

semoga apa yang diusahakan tu semua akan berhasil :)

Anonymous said...

Yup. pandai pun :)
Thanks sbb tlg jawab kan soalan sendiri.