V.V.I.P :)

Sunday, June 23, 2013

Jerebu

credit to: Nyna Fiona

Adik 1: Kakak, tengok kat luar.. asap banyak..!
Kakak: tu jerebu lah..
Adik 2: bukan la kakak, tu asap sebab sabah, sarawak & indonesia terbakar.. -xtahu la true or dare statement ni..-
Kakak: =..= J E R E B U .. !

Tak semena-mena teringat zaman aku darjah 2 ke bape entah tp skola rendah kecik-kecik lagi laa.. kat sekolah cikgu bagi mask. cikgu suruh pakai. Aku tanya cikgu:
"Cikgu, kalau saya tanak pakai bende ni boleh? saya nak pakai mcm yang ummi saya pakai (purdah)..tutup mulut jugak"
"Eh, xboleh. tu kain je. takde ciri-ciri penapisan mcm kat mask ni. ni mask ni special untuk jerebu. purdah tu pakai hari-hari pun boleh"
-aku buat muke selebet..baru berangan nak pakai purdah macam umi-


cikgu cakap jerebu ni bahaya. kemungkinan KL akan di isytiharkan darurat. nanti sekolah cuti selama beberapa hari. aku yang time tu x faham apa maksud jerebu pun bersorak gembira dengan kawan-kawan. punye panjang berjela guru besar membebel, yang aku faham -SEKOLAH CUTI BEBERAPA HARI- 

esok tu aku berlari-lari balik rumah..maklumlah pergi balik sekolah jalan kaki tu yang boleh mengekspresikan kegembiraan tu sepanjang jalan.. aku bagi surat sekolah kat parents. surat tu kata sekolah kene tutup start besok sebab KL dah darurat. Mengulit kegembiraan sebab tak payah sekolah. Tapi yang x bestnye, duduk rumah pun parents tak kasi keluar rumah, kasi tengok je asap kabus mata tu dari tingkap rumah. aku pun mula mendongkol, "apa namanya cuti sekolah kalau x dapat main kat luar?" duduk dalam rumah takde buat apa pun. haha

So today perkara yang sama terjadi.. adik-adik dilarang bermain luar rumah *walaupun isnin ni dorang still kene sekolah..masing-masing bising..
Pukul 10 am:

"alaaa walid.. hari ni hari sabtu.. xkan x boleh main kat luar?" 
Pukul 1 pm:

"Kakak, jerebu ni sampai pkul berapa? petang ni bole keluar tak?"
-last-last semua berpakat mengadap laptop-

No comments: