V.V.I.P :)

Wednesday, June 26, 2013

Pendirian.

Harga diri? atau ikutkan orang?
Terkadang keadaan memaksa untuk ikutkan 'sangat' kata orang sehingga pendirian tergadai.
Tapi sampai bila kata orang harus diikut?
Please.. manusia takkan pernah diam.!

Pendirian manusia lain-lain. dapat yang pelik konfem je kene kata.. 
Akan ada certain pendirian yang tak dapat diterima manusia sekeliling..
nak contoh? Nah amek...

Mr. X suke kawan ngn mat rempit. tapi dia tak pernah pun merempit. Malah button starter motor pun dia x tahu kat mana, die g melepak tu pun kayuh basikal..! tapi orang kampung dok mengata Mr. X ni nakal macam mat rempit jugak.. padahal Mr. X tu suke kawan ngan sume orang. bagi dia, sementara dia hidup dia nk try kawan ngn semua jenis manusia dalam dunia ni. tak kisah la baik ke jahat the point is dia suka berkawan tapi persahabatan yang terjalin tak mahu dibiarkan kosong je. dia cuba nk bantu kawan2 dia utk menjalani kehidupan yang lebih baik dengan cara mulut dia yang banyak cakap. 
Tapi apa pandangan masyarakat terhadap dia? aahh..Mr. X tu bebudak rempit jugak!! kalau di back up nanti silap-silap mereka ingat kita ni budak rempit jugak..so typical~!

Wasting time kalau Mr. X dok kehulu kehilir menceritakan kepada masyarakat 'basic' persahabatan yang terjalin atau pendirian tetapnya sebab memang tabiat manusia, dah la x tahu, tanak amik tahu pulak tu. Bajet laa dapat faham, "ikan sekilas di air sudah tahu jantan betinanya" 

Kalau diketegakkan jugak.. nanti omputih kata "Big Head!" 
Kalau diterangkan jugak.. nanti orang melayu kata "Bagai menegakkan benang yang basah"

Basically jangan lah dok berusaha sangat untuk ubah pendirian orang lain sebab selagi pendirian tu tak memudharatkan diri dorang dah cukup baik dah la tu.
Kita ni bukannya faham orang 100% dari hati, nurani ke fizikal..then tak payah..! tak payah! aku cakap tak payah! haha.. *ee,, bengang betul~!"

Oops.. teremosi pulak. haha sebab aku ni memang BIG HEAD sikit bab-bab ni.. sebab kalau diri aku dah set macam tu maaaccaamm tu laa selagi aku x rasa/terkena kemudharatan sebab setting diri aku macam tu. haha. okey lah. bye.





No comments: