Aku hanyalah insan biasa.
Punya kekurangan lebih dari kebaikan.
Yang mana baik bagiku, baik lah kataku.
Tapi Allah sudah jadikan hati manusia itu lain isinya,
sampai boleh menimbulkan pepatah,
"two person could see one thing with different thought"
Mata hati kita berbeza.
kerana pendirian kita juga berbeza.
Maafkan aku, yang x mampu miliki matamu,
mahupun peka dengan 'pandangan' mu.
Kerana ego aku pegang teguh dengan pandangan pendirianku.
Cara kita memahami satu perkara tidak sama.
Itulah nikmat bersahabat.
Jangan salahkan pandanganmu,
Bahkan jua pandanganku.
Betulkan jika terpesong kerana nafsu egois.
Rendahkan hatimu untuk menerima fakta hakikat.
Usah cuba ubah pandanganku jika pandangnmu turut terpesong,
Usah mengharap untuk kita berkongsi mata kerana kita tidak sama.
Hanya lapangkan dada, rendahkan hati untuk berkongsi
itu lebih baik..
No comments:
Post a Comment