V.V.I.P :)

Sunday, December 22, 2013

warkah buat uncle Najib..

Assalamualaikum uncle,
saya perkenalkan diri saya sebagai ifa. Seorang pelajar lepasan Institut Pengajian Tinggi MARA.. Masih belum layak mengundi & tidak dipengaruhi mana mana parti politik.

saya menulis mewakili suara rakan-rakan dan hati sendiri. Harap uncle sudi buka mata, buka hati membaca warkah ini..

Uncle,
Saya bukan anak orang berada, walau saya sekeluarga menetap di ibu negeri Selangor, Shah Alam. Ibubapa bekerja sendiri. Ada rezeki, ada lah makan sedap, tiada job, biasa mana mampu aje lah kami 13 beradik makan.

Kalau uncle nak tahu orang bandar cenggini pun menghadap istilah kehidupan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" sebab tak semua orang bandar berpendapatan tetap, makan gaji.

Uncle,
waktu uncle & kawan2 uncle umumkan harga minyak naik 20sen tempoh hari tidak lah kami marah mana.. Sebab 20sen ajekan? Nasib baik tambang bas awam Seranas yg dok angkut adik adik pergi balik sekolah tak naik..tetap 50sen juga. Syukur sangat.

Tapi,
lepas tu uncle kata tarif elektrik pulak naik..saya sebagai kakak sulung mula mencongak, sebulan bil letrik rumah kami RM200.. Kalau mak ayah ade job, bole la bayar..kalau tiada, masuk la dalam bil tunggakan..haihh tertunggak lagi. Sewa rumah je sebulan RM1200..tambah bil air, bil letrik, bil wifi mahunye hujung bulan ternganga..

Sebab tu kalau uncle nak tahu, kadang2 mak ayah senyap kan dari pengetahuan kami bil bulanan xbayar lagi sebab nak make sure kami tak kebulur nanti.. Ade duit lebih nanti baru dorang bayar bil sikit-sikit.

Uncle,
hari ni saya baca paper, harga tol nak naik pula tahun depan. Kami duduk shah alam kiri kanan ada tol. Tak boleh ke uncle kurangkan sikit tol sekeliling kami ni sebelum naikkan harga?
Lagi satu, uncle tolong cakapkan dekat syarikat konsesi tu..cakap macam ni:

"jangan la desak sangat aihh..aku baru announce harga minyak naik haritu, kesian rakyat aku bertindan tindan depa dapat surprise"

Pleaseee uncle? Uncle mesti faham desakan hidup rakyat kais pagi makan brunch aje kan?

Harini saya baca satu lagi surat khabar yg kecoh pasal kenaikan GST mulai tahun depan..

Saya pun dari tadi naik botak kepala mencongak, tambahan lagi bila baca part ini, "Parti komponen BN, MCA berpendapat, GST hanya akan dikenakan jika pengguna berbelanja lebih"

Maksudnye macam mana tu uncle? Apa maksud berbelanja lebih? Mcm mana kalau org yg beli barang keperluan untuk keluarga besar? Yang nk setup business ke? Mesti kena belanja lebih kan?

Saya tiadalah bijaksana dalam hal ekonomi mahupun politik..namun dengan logik akal nya hati saya bertanya,

"kenapa semua kenaikan ini berlaku berturut dalam masa 2 tahun? Tak boleh kah berperingkat?

Jujur, bukan saya ada tanggungan tetapi otak saya terbeban dalam melakar impian masa depan di Malaysia, tanah tumpah darahku.


Sekian, terima kasih :-)

2 comments:

Anonymous said...

kesian org shah alam kan :)
sabar lah. itu je yg mmpu buat mse skrg ni.
ni sume duniawi. haha

halsiehaaland said...

Casino in Las Vegas - JT Hub
JT, a leading provider of online 남원 출장샵 casino 바카라 양방 solutions, provides 구미 출장샵 games, software and services to more than 50 안동 출장마사지 Fortune 500 online 용인 출장안마 casinos. Join today to gain