V.V.I.P :)

Thursday, January 9, 2014

Hati Lelaki

Entah tidak ku mengerti
atau mungkin aku memang tak reti untuk mengerti
Namun aku sering dirasakan aku dimengerti
tanpa aku belajar untuk berbalas erti.

Terkadang sedikit bertelagah,
terkadang sedikit bergurau
namun terkadang sedikit bertegang

Ahh aku masih tidak mengerti..
mungkin bagiku teori dan praktikal lebih BENAR
tapi kerap kali bagi mereka HATI yang penting.
segalanya berputar mengenai HATI.

apakah hati aku tidak terasa seperti hati?
kerana aku masih tidak mengerti.

Kata hati itu benar kataku, tapi praktikalnya lebih jelas dan benar
bagi mereka..sebaliknya...
Terkadang mereka terlalu berfikir kehadapan
membuat aku lemas dalam andaian
kerana mereka cukup mengerti aku
sedang aku tenggelam dalam kepercayaan diri.

Sesekali aku mencabar diri, menidakkan kata, mencekalkan hati menjadi lebih tegar
ye, terkadang aku berjaya,
terkadang aku kalah dalam andaian hati
mereka?
tetap dengan pendirian, kepercayaan dan jangkaan mereka.
tetap tidak untuk itu, tetap tidak untuk ini.

Duhai hati,
percayalah, aku utuh dan teguh dalam menegakkan kebenaran hati
namun kurang bersungguh dalam menidakkan andaian kamu. 

1 comment:

Anonymous said...

kalau suka ckp suka kalau xsuka p mampos