V.V.I.P :)

Friday, January 31, 2014

Ilmuku yang secubit


Tidak aku punya ilmu sedunia,
tidak pula ilmuku tiada.

Hanya aku upaya berkongsi apa yang ada,
tidak berani mengada-ada..

Hanya aku kongsikan pandangan,
Hanya aku kongsikan ilmu yang ditagih,
Hanya aku kongsikan pendapat yang dibincang,
mahupun yang telah ditimbang kira isinya sebelum aku berkongsi.

Bukan aku tepuk dada meninggi diri,
bukan aku meludah dengan lidah tanpa bertulang,
bukan aku mencari musuh membanding diri,
cuma aku berkongsi rasa hati, isi akal dengan bekalan sedikit ilmu.

Ilmu yang tidak pernah mungkin cukup,
Ilmu yang ditagih untuk kajian yang sempurna
Ilmu yang didahagakan buat bekalan dunia & akhirat
Kerna aku tahu hanya Ilmu, hero sejati.

Rendah diri, rendah hati menyusun seribu jari
andai merasa diri ini ujub riak kerana ilmu
Sedang ilmu itu bukan aku punya
itu semua datang dari Ihsan Ilahi.

Beri tahuku, apa yang tidak aku ketahui,
jangan dicemuh, mahupun membanding diri,
Kongsikan aku, apa yang aku salah erti,
jangan diperli kerna aku tidak mudah mengerti,

Aku hanya memohon ilmu yang diberi agar diredhai dan diberkati,
Aku memohon agar diri tidak ujub dan terus dahaga mencari
Sebelum melontar, aku belajar sabar mengkaji,
Aku yakin Ilmu dariNYA HERO sejati.

No comments: