V.V.I.P :)

Wednesday, January 22, 2014

my future husband


Pagi ini berjalan satu diskusi antara aku dengan ummi. tentang cinta. hati dan jodoh. Tanpa aku sangka, pendapat kami serupa namun mungkin keadaan yang dimaksudkan tidak serupa secara lahiriah tetapi akar kepada asasnya sama.

"Jodoh itu rahsia Ilahi. Hati ini terus mencari. Dangkal sungguh rasa hati. Terima cinta sebelum rahsia terlerai. Makan masa, makan hati, punah lah harapan jika bukan dia takdir Ilahi"

tu puitis aku sendiri HAHA

Masa berputar, hari berganti, keadaan turut berubah. pandangan akal, perasaan hati semua akan turut berubah secepatnya masa bergilir.

Mungkinkah rahsia itu terlerai sebelum waktunya?
Mungkin kah diri ini mampu mencungkil rahsia itu sebelum waktunya?
Mungkin tidak kerana Jodoh Rahsia ALLAH itu tetap akan datang tepat pada waktu.
Waktu yang turut menjadi rahsia Ilahi.
Jodoh tidak akan datang sebelum waktunya maksudnya rahsia tidak akan terlerai sebelum tiba masanya

Lalu, untuk apa difikirkan?
untuk apa diteka-teki kan?
untuk apa dicuba-cuba mencipta harapan?
harapan menggunung namun kosong seperti gunungan gula-gula kapas.
haaa.. faham? Nampak tak?

Sebaliknya terus mencuba untuk jadi yang lebih baik,
Insya Allah imbalan nya ALLAH hadiahkan yang terbaik.

Belajar mengenali seramai mungkin manusia,
bukan untuk mencuci mata,
sebaliknya mengenal akhlak dan agama.
bukan suruh mengorat sebaliknya belajar.
belajar dari cara hidup yang lain.
belajar menerima orang lain. bukan terima menjadi sang putera di hati.

Hati yang terikat, pengalaman pun akan tersekat.
Sehingga sampai waktunya nanti, waktu aku bersedia, waktu ketetapan Ilahi meleraikan janji, waktu yang cukup sempurna untuk hati terikat oleh entah siapa.

Mungkin segunung harapan tidak mampu untuk aku runtuhkan,
Mungkin segunung tangisan tidak dapat aku tampungkan,
Berbekalkan iman dengan takdir Ilahi,
Aku percaya aku mampu membuka hati bila bersedia nanti.

perghhh..!!

tak ade future-future.. Tunggu je bila sampai masanya nanti.

4 comments:

KY said...

perghhh! HAHAHA!

ifa ahmad izhar said...

haha.. perghh! haha.. adoyaii

Anonymous said...

fuhh..ayat ex-hnd style. mmg style dan brgaye ;)

ifa ahmad izhar said...

Haha. Semua ex hnd sama ke style nye?