V.V.I.P :)

Saturday, March 15, 2014

Hati kecewa, diubati dengan kasih Allah..

pagi tu aku bangun dengan harapan.
harapan yang menggunung-gunung.
Hati aku berbunga,
Impian aku untuk redakan kerisauan umi tentang perjalanan aku balik kerja,
Pasti tercapai.

Aku tersenyum-senyum sambil siapkan diri untuk ke kerja.
Namun, ternyata self-quote aku yang aku pegang erat tapi telah aku leraikan sendiri pagi-pagi lagi akhirnya memulangkan paku buah keras.
ya, self-quote aku berbunyi macam ni,

"jangan pernah berharap dengan orang, kelak harapan tu yang membunuh diri kita sendiri,
jangan pernah senang percaya dengan orang, kelak kepercayaan tu kita yang bunuh sendiri"

yes, pagi tu..harapan aku yang membunuh semangat aku.
pagi tu, harapan aku lebur, lumat macam kene pijak dengan orang yang aku taruh harapan.
perasaan senang, gembira menjadi perasan meluat, rasa nak lempang-lempang je.

benci.

ya. aku benci dengan dia, aku benci dengan harapan dan kepercayaan yang aku reka sendiri.
bila aku lihat barang impian aku tidak sempurna macam yang diharapkan.
tak perlu sempurna pun, asal selamat, boleh pakai sudah.
tak nak cantik pun, asal boleh redakan risau umi aku balik malam sudah.

aku mulakan langkah. langkah yang penuh dengan kecewa, terus gagahkan diri untuk berlagak biasa ke tempat kerja. dalam hati mengutuk diri sendiri.

bodoh sangat sebab terlalu berharap. harapan yang digantung lebih sebulan senang-senang pagi tu aku curahkan yang akhirnya hiris hati sendiri.

aku berjalan sambil memaki hamun. geram. sangat geram.

aku percepatkan langkah kerana diperkiraan aku no matter what, kekecewaan pagi tu telah melambatkan aku untuk sampai ke tempat kerja pada masa yang tepat.

sedang aku dipalit geram, marah, sedih, kecewa ya amat, Allah hantarkan aku seorang bidadari dunia. sedang aku melangkah termengah-mengah, Sara yang berhati mulia menjemput aku untuk menumpang nya. sampailah aku ke tempat kerja 10 minit awal. Alhamdulillah..

Syukur Ya Allah, thank you so much..
di kala aku sedang menangis,
di kala aku sedang kecewa,
di kala aku sedang memperkotak katikkan rezeki pemberianmu dengan amarah
KAU tetap hadiahkan seorang bidadari dunia yang mempermudahkan aku.
How sweet you are, Alllah Ya Latif.. :)

No comments: