V.V.I.P :)

Saturday, May 17, 2014

bukan novel cinta

Masaku hari-hari habis di kedai buku. Hampir setiap hari.
Sebab memang komitmen aku dah aku letakkan di atas kedai buku tu.
Kedai buku yang femes di Kelantan. tapi bukak branch kat Shah Alam
Tak usah aku nyatakan, mek kelate dah tahu dulu.

Lalu hari-hari aku mengadap pelbagai genre manusia.
Pelbagai kehendak dan keperluan yang diutarakan kepadaku melalui tajuk buku.
Pelbagai genre buku dan tulisan yang dipersoalkan.

Aku sebagai budak biasa.
Yang tak terlalu social.
Tak terlalu anti-social.
gemar membaca tapi tak gemar mengorek internet tentang bahan bacaan.
Sekadar tahu tapi tak gemar untuk mengambil tahu.

Customer banyak bertanya...
"Dik, novel ni banyak cerita cinteeeeeee je. Bosan acik nak membacanye balik-balik drama yang sama. tak de ke yang lain sikit? pasal reality of life ke. dah la acik nak bagi hadiah kat anak acik ni. tak de nyer acik nak bagi die baca kisah cintun macam gini"


kalau aku nengok mak cik tu boleh in je, aku pun jawab dengan selamba,

"nak buat macam mana cik, reality of life yang dorang Nampak just loving side je, side lain dibutakan atau mungkin kebas jemari untuk dipersembahkan dalam bentuk tulisan"


ok. ayat aku takde la semelankolik tu. aku tipu. tapi still tak terpesong dari kenyataan yang benar.

lalu mak cik tu jawab, "mak cik pun dah bingung nk bagi hadiah apa kat anak mak cik.nak bagi buku novel ni haa tapi tak membantu untuk membangun anak bangsa lansung"

aku pun.... krikk krikk krikk

========================================================================

sometimes, ada pun customer yang macam ni.

"whoaaa!!! novel baru die dah keluar laahh!" sambil tergedik gedik depan rak buku tu


mungkin sebab baru terperasan aku kat situ yang tengah cuba nk tahan bunyi ketawa, dia terus bertanya

"ermm.. u, best tak novel ni?"


aku punya jawapan biasanya lansung tak membantu peminat novel Shah Alam

"ntah la kak. saya tak minat baca novel. Tapi kalau akak nak saya suggest boleh je, tu pun based on best seller la."


die sikit punya hampa kalau tajuk novel yang digedik-gedikkan tadi tu tak top listed. Kantoi la yang die noob tapi over pasal penulis kegemaran die tu.

Tapi aku kasi tau je dengan jujur. yang nak belinye die, nak bacanya die, nak nangis mengongoi beremosinye pun die, so terpulanglah. Aku jawab sikit untuk make die calm down.

die senyum. die pun bayar. sale aku masuk lagi, yesss!!! kalaulah ade komisyen~


==========================================================================
Akhirnya, aku yang bukan kaki novel ni dapat jawapan NOVEL APA YANG TAK DE KISAH CINTA..!
Malah mampu membuatkan budak tak kaki novel macam aku ni minat nak membaca novel ni..
sebab kisahnya kisah REALITI. tang cintanya pun cinta REALITI bukan kisah indah macam monyet bercinta.

yes, basically every person cari reality spot on their life even other's persons life. sebab fitrahnya manusia paling benci ditipu.

"Tapi cik...novel yang berpegang pada reality ni ayat die pun up-to-date berpegang pada reality lah cik. acik jangan terkejut. takde lah tak senonoh sangat tapi kasar la jugak."

novel ape dik..?

Novel-novel dari Lejen Press & Fixi & ape ntah publisher2 pelik tu. Tapi tak semua eh buku die, ade certain je. so acik kene baca sikit sikit. and ada antologi cerpen, ada yang novel. so acik kene selidik sikit la sebelum beli..

acik tu okey je, mula nak menjelajah rak buku mencari. Pada masa yang sama, beberapa remaja lelaki masuk kedai,

"kak buku fixi ade?"
takde la dik.. MPH kat SACC nu ade.. berlambookkk!"
Mamat-mamat dan mak cik tadi turut sama blah sambil tersenyum macam aku baru lepas bagi harapan secerah mentari setinggi bukit. Mungkin menuju ke MPH SACC


kalau bos aku tahu, agak-agak aku ni dikire sabotaj ke? tapi memang kedai aku takde jual buku fixi pun! Lejen tu ade lerrr... ERRRRRRRRRRRRRRR -guilty sikit-

==============================================================================

Mamat tough yang dari tadi aku jeling pakai ekor mata sekali sekala tu diam dan tegak di hujung rak. Muke die seposen je. Seposen seposen pun ade rupe gak untuk aku jelling.
Sah! die tengah bosan tunggu awek die ke, adik die ke, kawan die ke yang tengah asyik pegang, ambil, terbalikkan, baca, terbalikkan balik dan letak semula novel-novel yang tersusun kat rak tu.

sesetengah tu die letak kat tempat asal, sesetengah tu main letak ikut suka hati je. macam ade bibik kayangan die mengekor kat belakang die untuk tolong susun kan balik elok-elok.

"bang.. kedai ni bukan jual novel je, abang bole naik tingkat atas. Atas banyak buku."

sapa aku sopan untuk membantu menaikkan harga muke die.
Die senyum. Angkat tangan. dan cakap dengan girl tadi. maybe mintak izin kot...!

haha. zaman sekarang ni memang laki yang kene minta izin kat girl ekk?

bile girl tu tarik muke sikit... firasat aku cakap mesti girl tu terasa macam die membosankan, pastu mula la nak merajuk, padahal laki tu punye maksud menunggu tu yang membosankan. bukan DIA! haihh letih jadi laki ni ekk?
Dan-dan aku tengok laki tadi berpatah balik ke tempat die berdiri kaku, diam dan pegun tadi. bapak ah kesian. hati aku cakap.


dekat 20 ke 30 minit mamat tu berdiri, akhirnya girl tu settle, kat tangan die ade 2 buah novel setebal Double kamus dewan.. faham? macam kamus dewan tu, kau amek 2 biji pastu kau tindankan. haaaa.. mereka pun berjalan ke kaunter..

still. mamat tu muke seposen. perghh maintain je. tomeyynyee die penyaborr..


girl tu nak bayar, mamat tu sempat mengusik,

"macam mana laaa pompan bole baca novel tebal-tebal macam ni"


maybe sebab die tengok cashier pun pompan, maka die berani cakap kuat-kuat

 ehh, mana ada semua bang, lagipun orang kata pompan kaki novel ni penyabar, sensitive, peka dan romantic.. untung abang dapat akak ni."

sebenarnya aku pun dilemma persoalan yang sama. tak letih ke mata dorang? tak ngantuk ke? tak bosan ke? tak serabut ke? tak tension ke?

tapi aku saje je maniskan ayat tu sebab tak nak la Nampak sangat aku nak back up mamat tu. maunye girl die bagi jeling maut kat aku. padahal ayat yang kedua tu aku reka je sekadar nak selamatkan diri. hahahaha

nasib laa kalau nanti mamat n girl yang sama datang, aku tercakap ciri lain pulak. kantoi basi je taktik aku.

sampai harini.......persoalan tu masih berlegar~
 
boleh tolong jawabkan?

No comments: