V.V.I.P :)

Saturday, March 29, 2014

Aku dan Hati

di kala malam mengambang,
jejari ku menari di atas papan kekunci,
di dalam gelap bersinarkan lelampu perosak otak, penyakit mata.

Malam ini, air panas meleleh bercucuran,
hati menjerit kepedihan,
ngilu rasanya. 

macam rasa orang baru lepas putus cinta.

apadahal?

hati aku rasa sunyi.
tapi tak mahu berteman.

hati aku rasa mati,
tapi detakkan masih laju macam air terjun dari tubir mata.

hati aku.......perlu menyendiri.
mungkin hati ini dah penat bermain perasaan.
sedang hati ini tahu perasaan itu hanya bayangan.

rasa rindu dalam kalbu, tapi jemari masih berkirakan pengakhirannya.
pengakhiran yang masih jauh, teka teki yang samar tanpa pembayang.

bagaimana hati mampu terus berlagak macam orang bercinta bagai nak rak?
sedangkan hati tetap teguh memberi ruang dan waktu untuk hidup.
hidup yang perlu dicorak dengan teguh seiring tingginya cita-cita.

mungkinkah cinta mampu memakan habis cita-cita?

sudah-sudahlah duhai hati,
persiapkan diri untuk yang Maha Kekal Abadi,
ini semua duniawi..!

haha..! Oohh gediknye perasaan ini.. Astagfirullah. 

2 comments:

Unknown said...

We have to be strong on what ever decision it is..and it is for our own sake my dear :)

Unknown said...

We have to be strong on what ever decision it is..and it is for our own sake my dear :)