V.V.I.P :)

Sunday, July 28, 2013

cari $ untuk lulus assignment!

Gambar sekadar hiasan


KELMARIN..
Buat direct selling kat jeti LUMUT dari pkul 4 petang sampai 10.30 malam.
Alhamdulillah walau x banyak at least ada yang terjual walaupun nampak gayanya Isnin pukul 8 pagi aku still kene denda RM5 sebab jumlah profit x capai
RM278X3 weeks = xtahu. xreti congak.

Apa-apa pun madam stoking,
saya dah Berjaya break my comfort zone. saya dah pandai tebal kan muka bercakap dengan orang yg tak saya kenal. saya dah pandai details out tentang barang yang saya jual. saya dah Berjaya sikit untuk convincekan orang dengan produk saya. walaupun saya kene gelak dengan mamat-mamat selebet tepi jeti tu, walaupun ada akak sibuk convincekan saya untuk tukar kos sebab dia kata assignment ni membunuh.

saya tak kisahlah apa yang saya kena, apa yg dorang cakap and kenapa dorang nk gelak-gelak tengok saya mempromote depan dorang mungkin dorang tengok hidung saya terkembang-kembang sebab saya cakap laju sebab saya memang cakap laju. yang penting, apa yang PENTING. sales saya jalan.!

SEMALAM..
cubaan kami menembusi pasaran Ipoh secara direct selling. Tapi sebelum gerak saya banyak-banyak baca doa dhuha. saya yakin kalau ada, adalah. Memang ada..! Ya, Allah tunaikan permintaan saya, Allah makbulkan doa saya tapi bukan dalam bentuk sale! apa-apa pun Syukur Alhamdulillah..

sehari di Ipoh hujan. kami takde hala tuju. Masuk mall tapi x menjual sekadar mencuci mata. Kami tanak create masalah jual kat tempat orang, petang tu nk jual kat bazar.. pun sama, kami tak mampu nk pecah masuk tempat orang meniaga walau barang kami dengan barang-barang peniaga tu tak sama. Akhir sekali kami berpakat nak pergi Gerbang Malam tp memandangkan gerbang malam tu saya tengok dah macam Petaling Street saya takut. takut kene hempuk sebab kacau line.

kami menjual cara pelajar yang belajar. kami cuba menjual secara professional. jangan anggap kami sama dengan adik-adik yang kene dera kat sekolah agama Kedah tu. Kami buat assignment. Kami pelajar semester akhir Higher National Diploma in Business Marketing. Kami tak buat LI (Latihan Industri) tapi inilah praktikal kami. daaannnn.. kami ada ID student.!! HAHA

Lalu kami membiarkan diri kami terkandas di GM & KFC Ipoh. malam tetap hujan. tiada guna untuk edar flyers kalau flyers diperbuat dari kertas murah. tiada guna nak mempromote di kaki lima kalau kaki lima dibias hujan jalanan.

Akhirnya kami pulang.. pulang kembali ke daerah ilmu kami. Pulang dengan hati yang ketat dan masih berharap rezeki part Assignment bukan hari ini. Mungkin sudah sedia diganti oleh ALLAH atau mungkin esok lusa akan datang double. Amin.

diharap madam stoking tak marah saya, saya rela kene denda RM5(duit dua kali makan) setiap minggu tapi saya tak akan relakan madam stoking terus mendenda saya sehingga minggu ke 9. sebab saya akan Berjaya jugak capai RM2500 profit tu sebelum minggu ke 9..! Amin

3 comments:

Anonymous said...

Good luck

Anonymous said...

print la flyers sikit2, buat canthek2, letak kat tempat yg senang nampak kat masjid...sbb kat masjid shah alam ramai yg buat mcmtu, dorang letak flyers kat tangga, ramai orang amek tp xtahu la beli ke x..huhu...

-(batman)-

ifa ahmad izhar said...

haha. nice jugak cadangan tu batman. nnt saya cube appplykan ye?